Monday, February 23, 2009

Golden Of Sunshine and Hope


BESTARI JAYA - Lebih kurang 50 pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) dari jurusan Psikologi Industri bersama 3 pensyarah pengiring menjalankan misi mereka yang diberi nama "Projek Kasih" di Taman Sinar Harapan, Kuala Kubu Bharu pada 21 februari 2009.

Projek Kasih adalah satu projek kebajikan sosial di bawah seliaan Pertubuhan Pembangunan Penduduk Malaysia (PPPM). Dengan tajaan Amanah Butler Malaysia , yang terkenal dan sering menghulurkan bantuan, pelajar pelajar bersemangat untuk menimba pengalaman sepanjang projek dijalankan.

Ala tak reti lah aku nak buat report ala ala berita. susah betul.sebaik tak jd reporter.jurnalist lagi la tak berbakat.

so Projek Kasih is sungguh sangat memang really awesome.

Banyak benda yang aku dapat dan banyak benda yang aku belajar dan banyak benda yang buat aku terfikir dan banyak benda yang buat aku bersyukur dan banyak benda yang buat aku rasa aku ini memang jelas orang kecil di mata dunia.

Sampai sana, kami di bawa melawat sekitar Taman Sinar Harapan.Menjelajah semua wad yang ada kat sana.

maka:

Mental retarded = checked.
Deaf = checked.
Blind = checked.
Mute = checked.
Paralyzed = checked.
Hyperactive = checked.

Sila bayangkan rata rata penghuni kat sana berpakej di atas.

yang hyperactive diikat tangan dan kaki. yang suka makan najis sendiri diikat tangan jugak. yang suka makan tilam, dah tak ada tilam atas katil.tidur jelah atas katil besi yang maha keras tu.

tak boleh nak kesian. sebab tu semua untuk safety jugak. lagipun dorg ikat guna kain. so tak kejam mana la kan.

ada yang boleh bawak diri, boleh control tapi tak boleh jugak merayap sebab kena ikat kaki. ni kes budak seringgit yang pakai songkok tu la. sape dtg dekat dia, dia mintak singgit ok. last skali aku yang mintak singgit kat dia balik,tros dia diam.hahahha

Ada jugak inmates yang naked. dorang tak rasa sejuk walau tengah malam ke apa sbb dorg memang dah tak boleh berfikir dengan baik dan tak ada deria macam manusia biasa dah. yang sangat2 mental retarded + naked, duduk kat satu sel. memang macam penjara.

dan sebab banyak yang disabilities so paham jelah suasana wad macam mana. bau yang unpleasant sentiasa di hidung. tapi lama lama jadi biasa. sbb kita kene faham inmates kat sana oku, tak sempurna macam kita ni.

Then satu student dapat satu inmate.

ok, aku dapat Wong lei Mui. dia cuma boleh terbaring lesu di atas katil. cant make any sign. tangan kena ikat. badan kurus kecik keding punya stok. tak boleh cakap apa apa. jadi aku macam cuak macam mana nak handle dia.last last aku cuma usap usap belai belai je lah. dan dia cuma pandang aku tak berkelip.lama lama baru senyum. tapi sekejap. sebab lepas tu dia terus tido.

hehe.

tapi masa aku belai belai dia, aku rasa nak menangis. aku dapat rasa apa perasaan parents yang dapat baby yg macam tu. mengandung 9 bulan penuh siksa, bersalin menyabung nyawa, tapi hasil tak sesempurna. bukan nak salahkan takdir tuhan, tapi cuba duduk kat tempat mereka.tak boleh kasi reaction ape ape pun. mmg macam anak patung.

aku sendiri tak tau macam mana la kalau aku dapat baby oku.
tskk.

aku tak ingat sorg nama inmates ni tapi dia kene ikat. dan dia suruh aku menyanyi. sebab die indian jadi aku pun menanyi lagu hindustan. siap menari nari.Aku rasa aku yang dah macam orang gila kat situ.

tapi aku seronok tengok dorang senyum. Munna yang asyik diam dan sedih lama lama senyum dan nak nyanyi lagu rasa sayang. siap tepuk tepuk tangan. Muuna nangis kot pastu. dia cakap sunyi duduk situ.

mula mula aku jeles uga dapat inmate nama Baby tu. sbb dia baik dgn aku. dan banyak cakap. last skali rupanya uga yang aku kesian. baby tolok dia jatuh telentang kot. uga peluh peluh macam baru balik dari sawah. last skali baby nangis. die peluk aku jadi air mata dia dan air liur dia telah membasahi tudung aku secara tidak langsung.

masam okay.

tapi ada jutawan okay kat sana.gila kaya. aku rasa dia femes sbb macam penah nampak muka dia kat tv. fon dia lagi canggih kot dr fon aku. laptop ada, tv ada, air cond ada dua. completed la bilik dia tu.gaji guna us dollar.dia ada bakat melukis.

ala, banyak lagi cerita. tapi aku dah tak tau nak tulis kat sini macam mana.dah la kena buat jurnal nak submit kat miss. tak reti la aku macam ni.

lagi satu, aku memang rasa macam orang gila masa pegi Taman Sinar Harapan tu. sebab aku punyalah susah nak menghindari mata pandangan aku kat seseorang. nak lupa orang yang kau sayang memang susah. apatah lagi dia asyik muncul depan mata je.

ok, kami dah baik, dah tak berkonflik.entry kat bawah boleh abaikan.

Dear, i sayang you.

eceh.

9 Comments:

Blogger emiko said...

can i say i'm glad i didn't go?

dun think i can handle the stuff that u've mentioned.

i kan konon2 strong padahal fragile giler sebenarnye..
ada i yg kene tahan kat umah tu kalau i pergi hari tu kot haha

February 23, 2009 at 10:12 PM  
Blogger .*. said...

nope,cant cant cant!

u tak try lagi, macam mana u nak kata u cant bare it?

mula mula i pun cuak tapi lama lama u akan rasa nak terus berkomitmen tau.

kalau ade lagi next sem, i nak u join dear!
:P

February 23, 2009 at 11:58 PM  
Blogger emiko said...

haha everyone shud know their own limit dear.

i know mine :D

cuak lain yang..
for me cuak ialah perasaan pabila kite rasa tak sure leh wat ke tak tp jauh di sudut ati mmg rasa bole buat cuma tak sure aje ok ke ko (detail tak? haha)

ahem..u forgot meh..once dah tarik diri kenot join future programme dah (which is fine with me :P)

February 24, 2009 at 2:32 AM  
Blogger .*. said...

eh u jgn lupa u punya self-actualization tu tau.
:P

ala next sem projek lain la.
boleh punya
time tu u mesti dag mentally prepared punya.

kan kan.

jangan i yg jadi mental retarded sudah aa

February 24, 2009 at 3:24 AM  
Blogger emiko said...

to finish what i've started kan?
dah tarik diri kire finish la..
as long as i tak join any, takde risk tak finish tu kekeke :P

ntahla..wait n see gitu katenye :D

hmm..kalau u mentally retarded..dun wori..i make sure miss antakan ke umah terbaik hahaha :P

February 24, 2009 at 4:44 AM  
Blogger Encik Ariff said...

uii..
menarik..

February 24, 2009 at 9:26 AM  
Blogger .*. said...

@ Miss M,
ok la, tp i'll make sure u grad kat unisel tau dear!
hehhe

haa kalau i mental retarded, umah tbaik yg patut i duduk is dekat umah mak mentua i.hahahhaha

@ encik ariff,
sangat menarik ok.
enuff said.
:)

February 24, 2009 at 12:54 PM  
Blogger emiko said...

ye la..nanti i emailing emailing miss sampaikan pesanan ikhlas dari u tu..
just in case hahahahaha

February 24, 2009 at 6:00 PM  
Blogger .*. said...

ggrrr
i normal okayyy

tapi time i menurun tu kire tak mental retarded kan?

dengar lagu kene la menghayati sambil wat head bangin n reaction muke kene styleee

gagagag

February 24, 2009 at 8:47 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home