The Final Goodbye .

Kepekatan malam tanpa dihiasi cahaya bintang buat aku rasa makin serba salah walaupun dah berulang kali aku katakan aku tak punya point utk terus dihuni keliru. Dan aku tak ambil pusing langsung bila mana ada tangan tangan kotor menuding jari mengatakan aku tak punya sifat bertimbang rasa. Aku bukan mengangkat jasad, meninggi diri. Cuma aku tak rasa penindasan itu perlu wujud dalam hidup aku saat ini.
Mungkin aku lembut bagi kau, tapi kau jgn lupa kaki aku keras dan belum pernah mencemar duli di muka sesiapa.kalau kau rasa kau mahu mencipta sejarah aku alu alukan kebiadapan kau. Nak ludah aku pun takapa, tapi aku akan pastikan kau jilat semua jijikan yang pernah kau agung agungkan pada ketika itu.
Memang aku rasa sangat pissed off dan kau memang menguji kesabaran aku.
Sudah aku katakan satu hari dulu, kalau kita ditakdirkan berpecah jalan aku cuma mengharapkan kau akan masih menganggap aku sebagai seorang kawan. Dan aku sendiri berjanji tak akan bermusuhan meskipun ada sebab untuk kita menjadi seteru.
Dan akhir cerita, kau sama aku mula lupa apa yang sudah dijanjikan.
Aku tak faham apa yang bagus sangat untuk kau ungkit ungkitkan apa yang dah kau jatuhkan. Aku lali dengan sikap kau yang suka membangkitkan benda yang aku rasa lebih baik terus dilenyapkan. Sebab sedikit sebanyak apa yang kau ungkapkan akhir masa nanti buat kau tergigit lidah dan berkerut dahi juga.
Hidup kita ibarat roda.dan kau kena faham apa itu konsep karma.
Aku masih tersenyum dan ketawa kecil mengenangkan impak yang kau calitkan pada kanvas hidup aku. Dulu kau guna pelbagai warna aneka jenama semata untuk memberikan keceriaan pada kain aku. Kau banyak hiaskan jutaan rekaan yang buat aku berada di alam kebahagiaan. Dan kini, kau lebih beminat untuk buat aku kesedihan tapi malangnya aku sikit pon tak bermuram durja dgn apa yang kau jahatkan.
Maka sila give up dengan kerja kerja yang menghentam aku dan aku akan terus memadamkan memori kau yang pernah hidup dalam jiwa ini.
Selamat berbahagia . selamat bermadu asrama dengan dia.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home