Friday, February 13, 2009

Little Sparrow


Pengajaran utk hari ini:
Don’t expect too much. It will harm you at the end of time.

Kadang kadang rasa sebal bila kita menangis sebab benda benda yang remeh. Rasa macam tak berbaloi berdukacita sebab benda kecik. Small things tapi nangis beria.macam kanak kanak yang menangis sebab aiskrim jatuh atas tanah masa lari lari. Padahal sekarang ni dah meningkat remaja.maknanya kena la berperangai yang mencirikan kita dah dewasa.

Aku percaya, walau aku sedih menangis sbb hal hal remeh macam ni, masa akan datang nanti aku akan gelak sorang sorang mengenangkan kebodohan dan keemosionalan aku masa kini. At least, aku ada benda yang boleh aku ingal pasal zaman silam bila aku dah tua nanti.

Lumrah kot anak bongsu ni kena dapat apa yang dia nak. apa yang aku teringin, aku mesti nak jugak. kalau tak dapat aku mesti kecik hati. oh hell yeah, aku mmg suka tendang2 dinding dan hempas hempas pintu kalau tak dapat benda yang aku hajatkan. kesian mak dapat anak macam aku kan?

Aku susah nak terima kenyataan bila mana aku sepatutnya harus menelan ketewasan aku untuk memilik sesuatu. dan sudah tentu, tiada kata kata yang boleh aku gunapakai kan bila aku mula bergelumang dgn suasana kehilangan.

air mata, lekas turun. aku mahu kau kering.


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home