Sunday, February 1, 2009

You'll Never See me Cry .


Pernah putus cinta sebab kekasih kau tu ada orang lain selain kau?

Aku pun pernah.

Aku tak tau kenapa sakit kena tipu kes macam ni susah sikit nak ubat. sebab tiba tiba rasa macam kena bunuh. hati kena pijak pijak tanpa belas kasihan. dan aku bukan jenis yang reti nak berkongsi kasih. memang aku manja dan paling penting aku kedekut nilai kasih sayang. aku seboleh boleh tak nak pasangan aku ada sikit perasaan kat perempuan lain pun sebab bila aku ada hubungan istimewa dengan dia, aku sanggup buang segala perasaan pelik pelik kat lelaki lain jauh jauh.

Aku memang setia.
betul ni betul ni.

Kadang kadang aku tak faham kenapa ada orang yang tak cukup dengan seorang pasangan. kalau curang tu satu aktiviti yang berhemah, aku harap aku tak akan bersuka rela nak menabur pahala jenis macam tu. ada orang cakap curang tu menghiburkan, tapi tolonglah ada rasa kesian dan bertimbang rasa. kau ingat seronok ke nangis nangis bila tau kekasih ada orang lain?

Kisah aku dulu, aku rasa lelaki tu masih belum ada ikatan lagi dgn perempuan tu. tapi dah memang jodoh mereka kot untuk berjanji temu setiap hari memandangkan mereka satu universiti sedangkan aku tercampak jauh study kat matrik. aku kat utara, mereka kat selatan.
kejap, melaka tu selatan kan?aku lupa.

Jadi aku bukan jenis yang kuat untuk mendengar mulut orang. dan mata aku tak betah untuk melihat kemesraan kekasih aku bersama skandal dia di ruang maya. jangan harap aku mampu nak tengok diorang bahagia depan mata. tengok boyfriend pergi zoo dengan perempuan lain dan dia tinggal aku di tepi jalan pun dah buat aku nangis teresak esak berapa punya lama jam.

Kecurangan satu perkara yang begitu membisakan bagi aku. in fact, walau aku dah berpisah lama dengan kekasih lama aku tu, aku masih terasa pedih pedih dia. sedangkan kekasih lama aku tu sangat sangat bahagia dgn kekasih dia sekarang. 14 februari ni genap la setahun diorang mengulam kasih. aku rasa lah.

Aku tak berdendam dengan kekasih lama aku tu. dengan perempuan yang dia katakan cuma kawan pada aku dulu tu pun, aku tak simpan rasa benci. bagi aku, ni semua soal jodoh. mungkin aku yang tak cukup sempurna untuk dia setiakan pada aku cuma. dan hati aku jenis kaca tak macam kekasih dia tu. aku memang tak boleh nak tengok boyfriend aku mesra dgn orang lain lah!

Kadang kadang aku rasa sedih sebab aku tak sangka aku boleh heartbroken sampai macam ni. aku ingat setahun cukup untuk aku buang luka tu. tapi hal kecurangan memang aku tak boleh lupakan sewenang- wenangnya.aku cuma berharap ceritera kecurangan tak akan terjadi lagi dlm hidup aku. aku penat nak menangis. aku penat nak ingat kisah lama. aku penat nak rasa sakit.

Sebab tu seboleh bolehnya aku tak mahu ada cinta lain lagi sebab aku sangat sangat tak boleh terima episod lelaki tak setia.


Dan kalau ada orang nak terasa pasal entry ni, im so sorry. i dont mention any names here. i dah maafkan you and i dah lupa semua semua cerita kita dulu.

but still, ure my ex boyfriend.

10 Comments:

Blogger nazrien said...

nice one..

February 1, 2009 at 3:02 PM  
Blogger .*. said...

huh,
is it nice to be the heartbroken?

hahahhahaha

February 1, 2009 at 3:24 PM  
Blogger nazrien said...

nice story la cik tira

well said

hee..

February 1, 2009 at 3:30 PM  
Blogger .*. said...

oh okay
hahhaa

but dat's my personal sad story kot.

dukachenta!
:P

February 1, 2009 at 3:56 PM  
Blogger Hasnul Azizi said...

hMmm...

bRoKen heArT eH...
aLL peoPLe wiLL expeRience tHis...

buT mE...??
noT a siNGLe tiMe...
yeT maybe....

February 1, 2009 at 7:30 PM  
Blogger .*. said...

rite!

ha aku doakan ko bahagia je lah.
tak payah nak heartbroken heartbroken ni

:)

February 1, 2009 at 8:51 PM  
Blogger Liyana Lunia said...

sme lh dgn aku. kene dgn ex aku. kene tipu hidup2 plk. mse tu aku maki dua2 smpai awek bru die clash ngn die. skrg tekedek2 nk kt aku balik tp aku dh bhagia dgn lelaki lain. myb hikmah. dh nk msuk dua tahun dh aku ngn kekasih baru yg lebih baik dr yang lama :)

February 1, 2009 at 9:41 PM  
Blogger .*. said...

nasib kau baik
syukur sudah!
aku jugak berendam air mata tiap malam
hahhahaha

wei, tak penah nampak korang dating pun kat kafe?
*bajet dapat cam je

:P

February 1, 2009 at 9:46 PM  
Blogger zuzenn said...

atey.
ak rse ko kna carik chenta len
klo nk lupe seme cite neh.siyes..
ke dah ade???heh
tp plg smat klo ko wat smthing yg wat kn ex ko nk ko balek.
2 pon klo ko nk die gak ah.
ceriakan idop anda.
aku terbnci sekali jjaka tsbut,,

February 2, 2009 at 1:33 AM  
Blogger .*. said...

yeah zue.
org salu cakap kalau nak lupa cinta lama, we need to have a new one.
baru la dpt ubat kekecewaan.

eh tak ada lagi aaaa
hahhahaa

i dont intend to get my ex backs.
history will never be the future bagi aku.

past is past.

im glad that he found his true love rite now.

aku tumpang senyum je

:)

February 2, 2009 at 2:19 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home