pinta terakhir

Healing the pain that you make??honestly, its not so easy for me to do. Kaki benar-benar tak tahu nak melangkah mana lagi untuk mencari penawar jiwa. Hati sudah terlalu penat membelai luka yang masih merah. Robekan luka masih terserlah walau aku penuhi dengan kenangan indah. Tak bisa ku dongak ke langit takutkan kelibat sang pelangi lagi. Dada makin sesak menanggung kepedihan. Air mata bagai tak segan membasahi muka.
Aku yang memakai sepatu yang sudah usai benar cuma mampu akur dengan kelemahan diri. Aku kah yang terlalu leka?Akukah yang mudah ditindas cinta??Akukah yang tidak layak memegang cinta?cuba khabarkan!
Patutnya, luka sudah menjadi parut. Baru senang untuk aku berlari laju lagi. Tapi aku asyik terjatuh tersepak batu.Aku mahu melompat kelangit yang tinggi, menggapai bintang untuk menjadi penyeri hari. Namun luka yang kau beri sentiasa menghalang. Luka ini mengikat aku tak bertali. Luka ini memujuk untuk aku terus menanti sesuatu yang aku yakin benar aku tak mampu perolehi.
Penatnya aku memahami kau tak bisa terungkap. Berjuta kali aku cuba menyelami kau, tak sesaat pun kau cuba mengerti aku. Yang kau mahu hanyalah kehadiran aku untuk membalut luka yang kononnya angkara aku. Aku jua yang kau harapkan untuk menyelamatkan jambatan kasih sayang. Cuma aku yang kau rayu untuk menjadi pendamping setia.
Aku tinggalkan kau kerna kau cuma satu sejarah lama. Tak mungkin berulang walau aku punya impian untuk berharap kau pulang. Pergi saja dari cerita hidup aku untuk selamanya.Episod kau sudah lama ku lempar jauh. Cepatkan saja langkahan kau sebab aku tak ingin memandang belakang walau untuk seketika.
Makanya,selamat tinggal.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home