Thursday, August 7, 2008

Damn Regret


Ada saat terlalu keruh,warna yang putih suci bertukar menjadi terlalu gelap. apa yang cantik, mula menjadi buruk. selama ini orang yang memerhati keindahan begitu cemburu dengan kelebihan yang kita ada. namun apabila harta yang kita terlalu sayang, musnah dan menjadi seperti serpihan gugur ke bumi menyembah kaki,apa harus kita lakukan?

Lalu,kita akur untuk mewujudkan satu ruang.

Ruang utk lebih memahami.
Ruang utk mencari kesilapan sendiri

Ruang utk menenangkan diri.

Ruang yang kita wujudkan, kita mulai penuhinya dengan gunungan harapan. Ruang yang kecil,kita garapkan dengan harapan gunungan yang terlalu besar. Mula berharap yang ruang akan menjadi penyelamat utama. Ruang akan mampu menyelesaikan semua masalah.

Man proposes, God disposes.

Jauh mana kita merancang, tinggi manapun harapan impian, begitu menyedihkan bila yang kita dapat cuma hembusan angin. Angin yang sepoi asyik menampar2 wajah memberi petanda agar bangkit dari kesilapan sendiri. Sedangkan tangan sudah capik untuk berfungsi. Kaki makin lemah untuk melangkah lagi. Beratnya mulut bagai sudah dijahit dengan berkilo besi dan batu.

Ruang yang kita dambakan,
Ruang yang terlalu diharapkan,
Begitu tegar memakan diri.

Ruang yang digarap dgn angan- angan,
Rupa-rupanya mencipta satu JURANG.

jadi masalahnya,
mana mahu dicampak jurang itu?


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home