Six feet Under the Stars.

kelakar kan bila ada satu masa kita cukup bersemangat dan berhati waja kononnya dah bersedia nak melawan segala lintasan yang ada di depan mata tapi tiba tiba semangat tu hilang sepantas kilat. Sedangkan semangat yang sebelum tu nak kumpul punyalah payah. dan sebenarnya kita letakkan banyak masa dan banyak usaha semata mata nak kan semangat tu cukup untuk dijadikan kekebalan senjata.
so apa cerita bila apa yang kita dah himpun sekarang jadi debu?
sedih kan bila kita rasa dunia dah tak mahu bagi ruang untuk bertapak lagi setelah apa yang kita bekalkan dah hilang. langit dah tak mahu bagi peluang. angin dah tak mahu bergoncang bagi kata kata perangsang. bintang pun dah berhenti memandang sebab kita dah tak ada benda yang mampu menarik perhatian orang.memang dah langsung takada ruang untuk bernafas.
tapi kau masih boleh test market kau di ruangku (baca : Myspace).
okayiknowitslame.
susah kan bila nak kumpul balik semangat yang dah hilang tu supaya melekat balik dalam dada. siap kadang kadang rasa macam dah hilang kepercayaan meskipun untuk diri sendiri. sebab bukan senang nak kembalikan apa yang kita dah hilang. selalu rasa hidup dah tak bermakna bila kena situasi macamtu. nak menunding jari pun, jauh mana sangat mampu dihulur jari? alih alih tunding dekat diri sendiri jugak akhirnya.
kita boleh beritahu orang sekeliling yang kita sekarang baik baik. aman sejahtera .boleh kasitau yang kita ni dah bahagia hidup macam ni. orang pon boleh nampak kita gelak gelak setiap masa. kita pun dah biasa senyum senyum sampai orang label kita ni murah senyuman.
but wait. jangan lupa kewujudan terma hipokrit!
aku sendiri kadang kadang tak dapat nak kenal pasti sama ada aku sedang bergelak ketawa sengaja untuk menjaga hati orang atau aku memang betul betul rasa suka ria.
dan aku juga tak dapat bezakan macam mana senyuman tipu palsu atau senyuman ikhlas dari mulut aku ni.
aku agak tak berhati perut jugaklah.
macammana nak ada semangat balik?
macammana nak bebas dari pura pura setiap masa?
aku masih tak faham dan aku tak akan faham.
atau aku sebenarnya yang tak mahu ambil tahu?
shut up.

2 Comments:
i've been wondering too dear..
macammana nak stop jadi hipo?
coz u won't be able to live ur life if u're being too honest~ XD
both of us can prolly start honing our skill in "omission" instead. baik tak cakap dari menipu eh.
ouh i dont have any guts to answering ur questioon la yang.
kenapa eh,
kite salu dapat nasib yang sama.
:P
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home