Wednesday, November 26, 2008

Pinjamkan dia Kekuatan



Aku mahu luah apa yang aku telan selama ini.Satu sahabat yang paling aku sayang sedang kesedihan.Aku tak bersua muka dgn dia, tapi rasa sayu dia menjengah hati aku kerap kali. Aku bukan seorang manusia yang terlalu memahami.Aku sudah terhilang kata kata sebagai ubat penawar dan penguat semangat utk kasikan pada dia.Tapi aku punya hati. Aku tahu dia rasa macam dia sedang di nerakakan tika ini.

Tolonglah, bantu saja kawan aku itu.

aku tahu dia berusaha. namun nasib yang sebelahi dia tak seberapa.
tak berlangkah kanan.


dan aku harap angin angin dapat tiupkan dia bait bait yang akan mengembalikan semangat pada jiwa dia. Aku mahu dia rasa seperti satu kelahiran semula. yang boleh membisakan dia berjiwa makin kental, bersemangat waja, dan berani menentang masa masa akan datang.

paling utama aku doakan dia tidak berjumpa dengan manusia manusia yang bermuka sempurna tapi berhati jelek dengan kata kata yang memedihkan perasaan dan mengguris hati dia.

kau jangan buat kawan aku tambah merana boleh tak?

dia itu sudah cukup sakit.dia juga pura pura tenang dan sihat. tapi kau harus tahu roh dia masih tidak tenang.kalau aku gantikan dia pun, aku rasa macam mahu menutup mata rapat rapat setiap minit.

kau sabar saja sayang.kau perlu kuat.

aku rasa aku seorang manusia gagal. sbb aku ini, sahabat dia yang gagal menenangkan dia di saat saat dia sedang gawat. aku tahu aku perlu ada di saat dia menitiskan air mata.

dia makin membisu. dan aku makin buat tak tahu.


Terus terang aku katakan, keadaan kami masih belum pulih. kami tak lagi macam dulu dudlu.biatlah,aku tak mahu minta lebih lebih lagi. asalkan kami masih diikat dengan tali persahabatan, aku boleh lagi senyum. aku tak mahu bayangkan kalau kami putuskan apa yang kami ada selama ini.

mahu bina semula sesutu yang roboh cukup payah.



Aku mahu tamatkan entry ini secepat boleh. sbb aku asyik terkenang memori aku bersama dia.risau kalau ada air mata menitik.


kau jgn putus asa okay?
jalan masih luas untuk kau teroka.

4 Comments:

Blogger Lavender Pelangi said...

Allah did not promise that the way would be easy.but He did promise that He would be with u in every single step of your life as long as u want Him to..

kau jgn putus asa okay?
jalan masih luas untuk kau teroka.

psst,amek ayat awak untuk awak..=p

November 26, 2008 at 6:08 PM  
Blogger kerR {abdullah} said...

hey whaddup?
sedei2 tak bagus la..
kawan memang memerlukan kawan.
kawan tak sama dgn famili.
kawan tak sama mcm mak cik jual kueh kat depan tu.
kawan tak sama mcm incik ghani pekerja syarikat air.

tapi once kita dapat bantu kawan kita...kita akan rasa lepas.kita akan rasa puas.. :)

November 26, 2008 at 6:33 PM  
Blogger .*. said...

@ R@FfLe$iA,
Yeapp,thank god coz the journey of my life not too bad afterall. and selagi malaikat di kanan dan kiri setia menemani, sy pasti tetap gigih melawan dugaan walaupun kaki luka sebab tersembam banyak kali.

n,
thanks awak sbb selalu kasi sy semangat lately.
kalau kite satu matrik lagi mesti sy dah blanje awak makan kat cafe c dah ni.

:)

@ keRr Abdullah,
nabila tgh tak mahu sedih la ni.he ho.
memang rase puas kalau dapat tolong kawan,
tapi tak semua benda kita dapat jangkaukan.

kekurangan serba serbi melimitasikan keadaan.

ggrrrrr

November 26, 2008 at 7:08 PM  
Anonymous Anonymous said...

hehe

akaun bank ade kat entry teratas blog saye. =D

thanx thanx thanx banyak banyak banyak =D

November 27, 2008 at 1:34 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home