Friend of Dorothy is a Friend of Mine Too!

Orang akan judge kamu bila lihat dgn siapa kamu berkawan.
betul?
Tapi aku agak tidak kisah dgn fahaman tu. bagi aku, aku tak kisah berkawan dengan siapa. Aku tak heran nak bergaul dgn orang yang dari segi hidup berbeza aneka jenis dan rupa. bagi aku, kawan tu tak perlu term and conditions.
kadang kadang ada kawan kita yang cara hidup dia langsung tak sama dgn kita. macam langit dgn bumi. dan ada cara hidup mereka yang bertentangan dengan lifestyle kita. tak payah nak glabah la kan. malaysia negara demokrasi kot?relax relax sudah. biasakan diri, dan paling penting just be yourself. tak perlu terikut ikut, pandai pandailah bawak diri.
lagipun, manusia ni mmg banyak jenis. perangai macam macam. so tak payah nak denial la yg rakyat malaysia ada pelbagai bentuk ciri ciri yang kadang kadang tak terduga dek kita. minda jgn sempit, bukak luas luas. jalan jgn gelap, lampu sekarang pukul 7 dah menyala automatik.
Aku cakap pun sbb aku ada pengalaman. aku pernah melepak bersama mereka mereka yang ganas. tapi mungkin sbb kemunculan aku pada malam tu, maka mereka mereka tidak berlaku terlalu liar. mungkin jugak aku mengundang pandangan serong bilamana ada yang melihat aku semeja bersama mereka. Aku gadis bertudung dan ada diantara mereka yang bertindik ditelinga, anti homophobic sbb mereka tidak straight, tapi aku langsung tak kesah sbb mereka masih bergelar manusia. Walaupun ada yang memaki hamun golongan macam tu, tapi selagi mereka tak baling najis kat aku atau sumpah seranah yang tak boleh aku terima, aku masih lagi okay dan aku tak kan banyak songeh lah.
Aku tak perlu jadi lesbian utk bergaul dengan gay.
kadang kadang ada je golongan straight tapi perangai lahanat. hati busuk kalahkan bangkai berulat. mulut bau longkang yang tersumbat sampah sarap dekad lalu.
mungkin bagi kau, golongan homoseksual itu buruk. dan aku tahu golongan itu nabi sendiri tak mengaku umat. jadi tak payahlah nak mengutuk. kalau kutuk, caci maki, kau jugak yang menimbunkan dosa kau. apa kata kau berdoa hati mereka dibersihkan dan mendapat hidayah?
semua manusia ada baik dan buruk tersendiri.
mana ada orang yang sempurna.mereka homo, jadi tu dosa mereka.
yang bukan homo, maybe dosa mereka perut buncit makan rasuah.
dosa jugak kan?
serta, walaupun mereka homo, mereka masih tidak mengabaikan tanggungjawab mereka. apa apa tanggungjawab lahkan.kau apa tahu hal mereka yang baik baik? yang kau nampak cerita buruk buruk sahaja.
dan jgn salah faham dgn entry aku. macam seseorang tu.aku memang tidak mempunyai teman lelaki yang teristimewa.bukan sbb aku homoseksual. tapi sbb aku tak bertemu dgn calon suami yang baik.
aku harap alasan aku matang dan kau dapat terima serta dapat menutup penghinaan kau yang membabi buta.dan juga terima kasih tak terhingga kerana kau sanggup menghabiskan masa kau dgn mengumpat hal hal aku yang tidak penting bagi diri kau.
Kau tu memang straight,bukan homoseksual. tapi kau tak fikir pulak dosa kau mengumpat hal orang?
If you judge people, then u will have no time to love them.
kau dah judge aku maknanya, kau tak sayang aku lah kan?
its okay!aku tak kesah langung lah.
kau dah judge aku maknanya, kau tak sayang aku lah kan?
its okay!aku tak kesah langung lah.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home