Wednesday, November 19, 2008

Aku ada Bicara hal keluarga.


abg aku 2 orang tak kawin lagi.

sorang tgh kerja, sorang belum habis periksa.
sorang kat subang, sorang kt upsi tanjung malim.

dan semalam abg abg aku emo betul.

aku pun bjangkit last skali.sbaik conference kat ym je. tapi sedikit sebanyak apa yang abg aku cakap mengugat kesedihan aku jugak. aku tersentuh betul betul.

ahh touching dowh.

abg aku cakap slama ni die tak treat aku macam mana seorang abg patut layan adik dia. dia bilang sama aku, dia tak bertanggungjawab sama adik adik nya.abg aku sedih sebab mengingatkan soal tanggungjawab yang dia dah abaikan.

soal tanggungjawab.
tanggungjawab seorang abang kepada adik adiknya.

aku terdiam. terpaku depan pc.jari jari aku dah tak rancak menari. semua terhenti.
aku mula pikir, ape kene abg aku ni?
buang tebiat dah ke?

tapi dalam hati, aku serious tersentuh.
dada aku sebak sikit.

memang aku akui, dulu dulu abg aku kurang adil. dia lebih mementingkan abg aku yang kat upsi tu. tapi aku tak salahkan dia. mereka sama sama laki. lebih satu kepala. lebih memahami satu sama lain. jadi dulu dulu kalau nak raya, aku cuma mampu tengok abg aku tu dapat baju raya dari dia. untuk aku takde lah. alasan dia, tak pandai beli baju perempuan. aku ingat, aku tak lupa walaupun benda tuh raya yang dah lepas lama gila dah.

sbg anak bongsu aku ni mmg slalu di buli. tambah tambah kalau njam bertemu dgn kak ieta. ishh satu gabungan kuat dan teguh. kadang kadang aku rasa terpinggir dan tersingkir. aku pikir yang aku ni tak seswai duduk dgn dorang. aku mmg kene bahan tak hengat la kan. penah jugak aku trase sampai nangis2 sorang sorang dlm bilik. Tapi lama lama aku dah biasa. Aku dah kebal dengan lawak dorg yang salu nak menghentam aku. lama lama aku dah tak kesah. aku tak simpan dlm hati dah.

kadang kadang dorang suke sakat tentang ciri fizikal aku. aku mengaku yang aku ni macam ugly duck dalam family. sbb aku sorang je yang gemuk. nak dibandingkan dengan mereka, aku tak secantik kakak aku. abg aku muke boleh tahan. muke aku? banyak dihiasi permata ada lah kan. kakak aku penah panggil aku gergasi lembah. ala cerita alicia dulu dulu tu.

aku pernah terasa yang aku ni mcm unwanted dlm family.
aku pernah terasa jeles sebab cuma aku yang tak sempat bermanja dgn arwah abah.
aku pernah menangis sebab arwah abah tak sempat tengok aku lahir kat dunia.

ahh mmg aku bodoh la kan.
paling tidak aku patut bersyukur yang aku berkesempatan digelar manusia.

padahal semua adik beradik terasa kehilangan abah.

kakak aku yang sulung baru tingkatan lima masa tu.
aku tak pernah tanya dia apa perasaan dia bila tiba tiba kena jaga adik dia 5orang yang kecik kecik belaka.

abg aku yang baru berusia 10tahun dah kena jadi ketua keluarga, sbb dia laki yang paling tua dalam family.

abg aku yang kat upsi tu baru 2tahun.dia kecik lagi, gigi pun tak cukup.becakap pun aku rasa tak fasih lagi.
aku baru terpikir apa tah yang dia rasa masa tengok jenazah abah terkujur kaku?
apa dia faham yang dia dah jadi anak yatim?
apa dia terkejut bila mana abah tiba tiba tak akan mengendong dan melayan karenah dia dah?

aku selfish. aku cuma pikir apa yang aku rasa.
aku tak fikir perasaan mereka kan?

jadi bila aku makin meningkat dewasa, aku makin faham mainan hidup.

aku sayang kakak kakak aku.
aku sayang abang abang aku.

tapi aku tak reti nak tunjuk kasih sayang aku.

macam abg aku cakap smalam, aku nak ke dicium pipi lagi bila dah besar mcm ni?
hahahhahahhahaahha.

bagi aku, nak cakap " i love you" kat adik bradik aku susah sangat. aku tak berani. aku takut. dan aku rasa aku tak mampu.mau aku tergagap gagap menggigil.silap silap boleh jatuh pengsan.

dulu dulu kalau kat boyfriend senang je eh?


berbalik kepada soal tanggungjawab.

aku dah faham sekarang. abg aku umur dia dah 25. dia dah matang. mungkin jugak dah bersedia utk berumah tangga. budak lelaki yang remaja memang suka main main. suka buat endah tak endah. tapi ada satu masa, bila dia dah meningkat umurnya, dia pasti akan rasa dia perlu bertanggungjawab. abg aku macam tu lah.

n bagi aku, abg aku kat upsi tuh dah tunjuk rasa tanggungjawab dia kat aku dari aku kecik lagi. dia sebaik boleh jaga aku dgn baik.memang cara dia tunjuk salah aku tu kasar selalunya, sampai buat aku meleleh air mata. Buat aku rasa terpsycho sangat sangat. tapi lama lama aku sedar, yang cara dia menegur aku memang macam tu. Mcm smalam dia kata. dia sayang aku. dia care kat aku tapi cara dia ganas sikit lah kan.

so utk abg lee yang ku sayang, jgn sedih sedih kay. abg lee dah jadi seorang abg yang baik utk adik. jangan bimbang, kalau adik mengalami krisis kewangan, adik akan cepat cepat hubungi abg lee.hehehehe.

n to njam, thanks. bulan depan dapat gaji adik blanje main bowling, tengok movie dehh.huhuhu.

lupe nak cakap, plan kak ieta g genting masih sedang direncanakan. apa apa hal nanti kita bincang kemudian.

okay, jage diri baik baik ye ahli AMBA.
hahahahhaha

9 Comments:

Blogger Lee said...

U're right,once a guy 'grow up' and 'wake up',he will notice and know what he suppose to do.

Life is a long journey,theres so many optional path for u to choose.Just make sure u're in the right lane in a right place.
My love and support always be with you.


Abg lee sayang semua adik adik abg lee.

November 19, 2008 at 12:04 PM  
Blogger .*. said...

ishhh..

dah dah la emo.
plz dun make me cry!
hehhehhe

thanks for your support.
i'll never let u down.

T_T

November 19, 2008 at 12:17 PM  
Blogger njam said...

me too...tiba2 rs nak kawin dah...ini masa yg sesuai..lallalaa..dulu njam jaga hg weii,dahle blk tadika lambat,org suh jwb soalan dia snyap jer..pastu jln kaki beli temikai panjang kat kedai meor..(gne duit njam)hehe..kami ske sakat hg jaa..bkn nak kutuk ke ape..adek bradek la..darah daging..takkan nak kutuk kot..nak hdp didunia yg pnh mcaba kne lasak 4x4...suatu hari nnt kamu akan rasa kebaikannya..-insan yg biasa dipsycho-

November 19, 2008 at 2:47 PM  
Blogger .*. said...

nak kawin?
kontrak dengan kpm 5tahun kot?
tak memasal kene tarik scholarship karang.
hahahha.
em dulu dulu adik ni lembap sikit kat tadika.
semua ribut2 nak balik awal je!
yelah lasak pon lasak lah.
ishhh


thanks ye jage adik

:P

November 19, 2008 at 2:56 PM  
Blogger Azira Anhar said...

Giler tersentuh aku bace nie.
Sebab same je ngan aku.
Tapi xde lagi kesedaran dikalangan adik beradik.
masih berhaluan sendiri.
sampai sekarang.
sampai bile pun tataw.
Orang lain pun leh pearasan yg aku macam segan dengan adik beradik esp. abg aku.

Best nye jadi kau.
haha

November 20, 2008 at 12:50 AM  
Blogger njam said...

nak jadi adek angkat bulehhhh...tambah senarai koleksi

November 20, 2008 at 2:40 AM  
Blogger .*. said...

one day la tuh yanot.
takpun kau yang start buat confession ke.
y not kau try kan?

ha,
abg aku bukak offer nak jadi abg angkat tu,
kau rela ke?
ahhahahhaha


eh sat,
bkn njam tak suke adik perempuan ke?
hahahhahahah

November 20, 2008 at 9:25 AM  
Blogger -hakimah.iskandar* said...

this is so sweet atey :)

November 23, 2008 at 12:46 PM  
Blogger .*. said...

sweet mcm honey madu meh?
hahaha

thanks kim

:P

November 23, 2008 at 1:39 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home