My Umbrella

ok, nak update blog la ni.jangan la bising bising.
eh lagu make u smile by +44 kasi kuat sikit.baru boleh mumbling mumbling dan kepala godek godek.
sebenarnya nak mengaku aku memang sgt malas nak update blog. sebab aku tau bf aku mst baca apa yg aku tulis. ceh tak berahsia langsung. lagi satu aku rasa bila tengah bahagia aku tak termampu nak luah kat sini. konon takde pkataan yang layak untuk aku sinonimkan dgn taraf kebahagiaan dan kegembiraan yang aku ada sekarang.
satu KENIKMATAN.
hari tu dia ada pesan kalau aku nak dump dia, kasi tau awal2 so dia boleh buat preparation;
main game 24/7.
aku memangla dulu cepat bosan. tapi aku rasa dah letih dan sangat muak nak ada proses heartbroken and healing the pain.kau ingat senang ke?lepastu nak reborn.nak bekenalan dgn lain pulak. nak tau orang dia macam mana. nak tau apa pantang larang dia. apa yg dia suka. nak ingat nombor phone dia lagi. eh nombor phone aku sendiri pun aku tak ingat.ha stage punya la leceh.buang masa tau.banyak lagi benda berfaedah boleh aku buat.dah la muda lagi.20tahun pun aku tak masuk lagi.
phewitttttt.
bagi aku perkara lama yang buruk tak payah nak ulang lagi.past is past.tapi kesilapan yg lepas tu sila lah dgn hormat dibuat pengajaran. tapi sbb aku ni bukan nya bagus sgt maka aku selalu jugak buat kesilapan yg sama. abis jgn la ingat aku malaikat sampai semua benda aku buat perfect.kadang kadang dah ok dah di mata aku.tapi sbb kau tak suka aku, jadi tak sempurna lah di mata kau. eh tapi aku apa kesah. kau tak suka,biarlah. aku dah sehabis baik guna tenaga usaha nak buat apa apa.
lagi satu kenapa aku malas nak bosan dan mencari cinta yang lain ialah aku tak nak menambah senarai orang yang dulunya aku baik tapi nanti dah tak kawan lagi.sebab aku tak suka nak contact ex aku lagi. masa mula mula clash aku kawan lagi. mungkin sebab aku rindu dan kami banyak memori masa bersama dulu. tapi lama lama, baik aku lupakan je. aku tak sehebat kau yang ada bestfriend yang dulunya boyfriend kau tapi skrg dah jadi ex. bukan aku benci, tapi bagi aku past is past. kisah dah tamat so tak payah la nak kawan lagi. tak payah nak memendam rasa lah kan.
lagipun itu juga satu bukti bahawa aku tak lagi ada rasa cinta dekat dia dan dah tak langsung mengharapkan dia yang satu dulu aku agungkan sangat.dan juga bukti bahawa aku masih terus hidup walaupun masa baru clash dulu aku sedih nak mati.juga bukti bahawa dunia aku bukan la gelap seperti mana yang aku ingatkan dulu dulu.eh aku masih bernyawa dan boleh gelak berdekah tanpa kau tau!
walaupun aku baru berusia 19 tahun 11 bulan 21 hari, dan kadang kadang bersifat keanak anakkan dan kadang kala terlalu kedewasaan dan kadang kadang sedikit kegilaan, tapi aku masih mampu berfikir bahawa hidup di dunia yang aku sedang pijak adalah kesan dari apa yang aku pilih dan apa yang aku lakukan.jadi untuk hidup dengan bahagia aku perlu suntik gas gas yang baik dan berpotensi untuk menggembirakan aku dan bukannya menghancurkan hidup. selain itu, aku berpendapat aku perlu berpijak ke alam nyata dan memegang konsep bersyukur. sebab aku tak mahu menjadi seorang yang terlalu berminta minta dan terlalu mengharapkan kehidupan yang perfect.apa yang aku dah ada, dah cukup. aku sendiri bukanlah seorang perempuan yang sempurna.so buat apa aku nak mengharapkan ada seorang lelaki yang sempurna?
bagi aku juga, hidup memang dah ditentukan. ada pasang surutnya. masalah dan kecelakaan takkan lari dari menimpa kita sebagai manusia-Nya. tapi sebagai seorang khalifah kita mana boleh berputus asa dgn dugaan dan cabaran. aku sendiri kadang kadang lari dari kenyataan ini. sebab aku pun bukan kuat sangat nak jadi orang yg tabah. aku memang kuat menangis dan kuat sedih tapi jauh di sudut hati aku tau semua ni bukan nya akan melekat sentiasa dgn kita. semua yang buruk akan jadi okay. tapi kena usaha.tak usaha mana boleh jadi.kalau hubungan kami dipukul ombak dan badai, aku harap kami dua dua sama sama menanggani dan tak lari dari masalah.
jadi macam yang aku cakap, aku akan berusaha untuk terus kekal dgn dia. kalau ada jodoh, alhamdulillah.dapat aku duit hantaran RM15,555.55 masa 01.05.2015.
aku pun tak tau kenapa nak angka 1 dan 5 banyak sgt sebab aku plan nak ada anak 6.
oh patutlah.
5+1=6.
Cheers!

3 Comments:
daa..
tau la budak akaun.
1+5 eh.
nice one :P
:P
bekas budak akaun eh
bekassssssssss
:P
bekas budak akaun eh
bekassssssssss
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home