Thursday, April 23, 2009

Rahsia Hati Dua.


Masih tak boleh lupakan apa yang dia dah suruh aku lupakan. apa yang dia cakap aku tak mampu nak lenyapkan dalam hati. aku terasa dan aku sakit jugak mengenangkan kepedihan dan kesinisan dia.

paling penting, hipokrit sentiasa menyelamatkan keadaan. malam tadi,aku tak menangis langsung depan dia walaupun darah dah memancut keluar laju dari hati aku.

perit.

padahnya, aku ambil sikap berhati hati sekarang . aku tak mahu terlalu terperangkap. mungkin watak aku terlalu melebih kali ini. sampai blog pun orang jadi geli nak baca.

Aku letih. dan aku terpukul.

aku percaya karma. what goes around comes around.
dulu aku banyak neglect orang. aku banyak kecewakan orang. aku selalu tak pentingkan perasaan orang.

sekarang?
kemaruk cinta. tapi mungkin tak kena gaya. bukan masanya. aku mahu jerit tapi tak mampu. sayang jadi penghadang. tapi cinta aku terhalang dengan prinsip dia.

aku rasa, tak mampu.
macam kena penjara tanpa sel.

jangan buat aku tersiksa.

tapi semuanya dah lambat.
aku dah digari dengan cinta, dah terikat dengan sayang.

aku tak boleh jauh dgn dia.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home