Next Station, Wangsa Maju.

Hye,
Awak kat mane sekarang?
dalam gerabak atau sedang menunggu tren?
aku sedang menunggu.
:)
Kali ini aku menanti agak begitu lama, dan aku sendiri sudah menaiki tren entah ke bilangan berapa.Tren berlainan, berbeza destinasi.pengalaman berbeda? sudah pasti.
Tapi kali ni,tren ke destinasi yang aku mahu pergi tak mahu berhenti. Tren itu lalu melintas laju depan mata aku. aku picit loceng, tapi ia tak mahu dengar.Aku awang awangkan seluruh jari kanan aku, tapi dia tak ambil peduli. Lansung tak berhenti.malah memecut laju, tinggal aku di stesyen termangu-mangu. jadi, aku terkapai kapai keseorangan akhirnya.
dalam akal aku berharap tren yang sama akan datang lagi, aku mohon tren itu akan angkut aku kembali. aku ada tiketnya. aku sudah siap bagasinya. tapi, still tren itu tak mahu berhenti.
hey keretapi!
aku ini penumpang yang penuh kelengkapan. aku ini penumpang yang penuh kesungguhan mahu tiba ke destinasi. tanpa kamu, kamu ingat aku akan sampai ke tempat yang aku mahu tuju?
tidak sayang.
sedang aku terpaku termangu mangu, akhirnya aku tahu apa puncanya kamu tak berhenti di depan aku.
*kamu sudah berpenumpang*
aku telan kenyataan itu pahit pahit. memang sakit, perit, pedih. Hampir aku tercekik.
ah dengar sini,
aku mahu bilang sama kamu sesuatu,
jika kamu sudah berpenumpang apa perlu kamu lalu di stesyen aku?
apa jahatnya kamu memberi aku peluang bertiket ke destinasi tren kamu itu?
bisa kamu jawab?
saat ini aku tahu yang aku perlu tanamkan azimat yang mana kamu sememangnya bukan tren yang akan bawa aku ke destinasi cinta bahagia aku.
mungkin tren lain.
pasti bukan tren kamu yang itu.
apa yang aku kesalkan,
sebelum kamu tiba,
selepas kamu lalu,
ada sebenarnya tren yang berhenti mahu aku jadi penumpang istimewa.
tapi aku berkeras tak mahu.
aku katakan aku tidak bertiket.
aku alasankan aku tidak berbagasi.
aku bilangkan aku tak mahu berdestinasi.
ah kamu tak mengerti lagi kan?
destinasti aku tak bermula lagi
tapi perjalanan aku sudah berakhir.
sebabnya tren yang mengangkut aku tak sudi aku jadi penumpangnya
ah lucu kan?
kamu gelaklah puas puas sayang
aku benarkan.
mulai saat ini.

4 Comments:
ku naik komuter, mu naik lrt kot ye? hak2
tak naek tren pun bole tekan loceng eh.
erk molar, kat area umah aku ade lrt jeee..
hihihi
erk..
a'ah la.
aku lupa naek tren mane ade kene tekan loceng.
hahahhaha
ah biarlah.
muahahha
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home