Friday, October 31, 2008

Sayang Kau Hilang.



aku tak mnipu yang aku betul2 rindu sama budak sepet itu. dah tak tertahan. tapi aku macam biasa, koya kuat. pura2 yg aku langsung boleh lupa dia sekelip mata. Fak, ingat senang nak lupa orang yang kita puja?

kalau aku dihentuk kepala sampai aku hilang ingatan lain ceritalah.

aku seboleh-bolehnya taknak tengok gambar dia.Malahan,dengan langkah lain pula, setiap hari aku memaksa mata aku dihidangkan gambar princess dia. Biar hati aku makin berdarah. Aku dah tak kesah hati aku bernanah. nanah sampai bau busuk bangkai pun tak apa. biar sakit melampau. baru la aku insaf sikit lain kali.

maksud aku, tak cepat fall in love ngan manusia yang tak berapa kenal.
got it?

kau tahu aku cuma tahu sejengkal aja pasal hidup pujaan aku.

kejap, aku mahu describe.

  • dia memiliki kereta myvi hitam
  • umurnya 22 tahun saja.
  • seorang atlit masum mewakili UIAM
  • pelajar Account
  • tinggal di Puchong
  • Kampung di Johore.
  • Kucing dia comel.
lagi apa haa?

itu saja mungkin.

kesian aku.
tak sempat nak kenal lama lah.

tapi paling penting,
matanya sepet.
:)

jomlah, kembali membebel.

aku sebenarnya bukan boleh dipijak sangat kau tahu tak. bila ada angin kencang tiup, aku boleh jadi sgt tersedih,terkecik,terkecewa dan ternangis apa jadah. self esteem aku rasa sgt tak ada dah la. aku akan rasa aku ni terlalu di sampah-sampahkan.(ye, aku suka ayat disampah-sampahkan. aku curi ayat Kak Fynn). aku rasa aku macam hina sgt la kan. padahal bagi pihak di luar sana, yakni bukan berpihak pada aku, takla menganggap aku serendah itu. ahh bukan nak kata aku ni di backing diri sendiri or saja nak sedap hati tapi mmg betul pun.

aku punya entry kadang2 dikritik juga secara personal.

bila aku sedih aku mula rasa yang dunia berlaku tidak adil kat aku. aku mula rasa Allah nak kasi aku dugaan bertimpa-timpa kat aku, aku mula salahkan diri aku yang aku ni lemah bebenar. aku mula nak kata aku ni tak reti nak handle semua benda yang aku ada dgn baik. aku mula rasa yang aku ni sangat lah tidak sempurna. aku mula rasa yang aku ni banyak betul cacat celanya.

tapi aku lupa,
aku ni masih lagi bergelar manusia. aku ini makluk tuhan. macam mana susahnya hidup aku, aku mana bisa menyalahkan takdir kalau pun itu yang aku salu buatkan.

aku manusia, mengerti?
manusia kan salu lalai dan leka.
apatah lagi nak lupa pasal hal agama.

haihh.

si sepet tengah bergelumang dengan kertas periksanya. aku harap dia berjaya. aku masih ingat senyuman dia. aku masih terkenang gurau senda antara kami berdua. aku masih tak boleh lupa saat saat kami bergembira walaupun sekejap cuma.

aku sangat gila-gila menghargai detik indah itu.

nak tahu, aku simpan plastik tisu yang dia suruh aku buang sebelum keluar dari kereta dia hari tu.

plastik tisu tu gambar Cartoon Network.
aku bukan suka katun tu, tapi aku smpn jugak sampah tu utk buat koleksi peribadi aku.
ah plastik tu bukan smpah dah bagi aku.
dah naik taraf okay.

hahahhahhaha
aku ni jiwang jugaklah.
aku ni penuh dengan sentimental value.

cukup cukup lah.
sudah sudah lah.
biar biar lah.
lepas lepas lah.

aku text dia tadi.
kali ini dengan penuh berani.
aku cuma mahu comfortkan dia.
aku cuma mahu dia tahu yang bila dia sedih, ada lagi orang amik kisah pasal dia.

tapi,
kalau aku sedih, dia amik kisah ke?
tak langsung.

hah, lucu.
Na na na na na na na na
Na na na na na na na na
(gaya lagu Wani Ardy)

ha, lain cerita.
aku konon nak pegi Jaya One malam ni.Aku trigin sgt nak tgk Izzy Mohamed n Mei Chern.aku gila minat mereka tahuuu.tapi tak ada transport.
dan...

tak ada teman.
Jemmmmmmmmmmm.
(aku tak guna huruf D)

ok lah aku nak pegi library lah.
bye!

serius aku rindu kau, H!

erk, bila dah nak publish post ni bru la aku tringt macam2 hal kisah pasal die slain dari apa yg aku dah describe tadi.
cheit.

Too Late Atey, Tooooo Late.
aku dah nak click button publish satu saat kemudian ni.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home