Hati Pecah Menerjah

Detik berdenting lagi,
genap ntah berapa juta saat aku sendiri
suasana sunyi sepi walau hati ini telah berpenghuni
tambah malang bila mana kau tak pernah mengerti
yang aku ini sedang menaruh hati
yang aku ini rindu kau bagai nak mati
yang aku ini mahu jadi kau punya permaisuri
kenapa kau buta hati?
tak tahu ke aku tergila2 kau?
tak faham ke aku angaukan kau tak jemu jemu?
ily sampai mati.
aku akan duduk sini, tunggu kelibat kau yang aku sendiri tak pasti.
aku akan tetap di sini, menanti kau menggamit jari aku pergi ke syurga abadi.
aku tahu aku tak punya apa apa untuk aku banggakan
tapi aku punya cinta kasih suci yang aku agung agungkan
hanya utk kau yang aku semat di hati aku tanpa aku sedar.
tanpa aku sangka,
tanpa aku duga,
tanpa aku pinta.
kau mengerti tak kali ni?
aku tahu kau tidak.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home