Wednesday, September 24, 2008

Saya Ketagih Mereka, Bukan COKE .

Pada hakikatnya, aku jarang nak minat satu artis tuh betul2. selalunya aku lebih minat lagu dari artis. sebab tak semua lagu artis tuh, aku layan sgt. tapi tidak untuk mereka di bawah. bagi aku mereka orang seni yang kredibilitinya tak boleh disangkal lagi.walaupun minat dorg dah lama, tapi sampai sekarang aku takkan jemu kalau nak habiskan masa dgn lagu mereka.chewahh.



  • Wani Ardy

yang sangat aku angau. zaaaaassssssssssss! bagi aku wani ardy terlalu suweet.ngehngeh.semua lagu die aku suka. die terlalu puitis. tapi aku tak penah tgk die perform. ar2 kak zura ade ajak, tp aku tak free pulak tyme tuh. aku jadi jakun bile aku tau kak zura sebenarnya bestfriend wani. macam2 cerita aku korek.hehehe.

aku dah beli demo wani yg 1st print. buat si alien, dy nak beli demo wani jugak. tapi demo baru lebih cantek. sbb cover demo yg 1st print itam putih.tak kesah, asalkan aku dapat denga. demo ade 5lagu. tapi aku dpt dw semua lagu kcuali lagu askar & kehadapan bintang jatuh.

kalau baru nak berjinak dengan wani ardy, cuba dengar lagu suddenly lewat, broken,letters to saviour, orang kecil & teori lucu. ah dengar jelah semua lagu.best semuanya.lg menarik, lagu graviti diterjemahkan dari lagu graviti sara bareilles. aku berpendapat letters to saviour dibuat untuk si Axxxxx aka mr rainbow nya. takpelah, skrg die dah ade si bawang.

siang tadi pulak, tyme aku layan lagu suddenly lewat, ttbe wani ardy ym aku. aku sukaaaaaaa.hahha. walaupun die just tanye aku psl cupcakes, tp aku dah tersengih2 seronok. die ade cakap "thanks sweets". hish lg la aku angau! padahal itu mmg nick aku y telah dipisah-pisahkan. itulah org kate, kalau hati dah sayang, mende kecik pun bawak makna yg besa. then dgn gelabahnye aku pun kata nak jd org pertama yg beli EP die nanti. hahaha. klaka klaka.



  • Fynn Jamal
pengantin baru.haha. fynn sgt dasat. die mendeklamasikan puisinya penuh style. bile die sedeh, die akan nanges. bile jerit, die jerit betul2. mmg meremang pun! poem dy selamba, tapi banyak makna. dy menyanyi mmg sempoi. kalau org yg tak de seni mst kate die org gila. chess. fynn mmg dasat. smp aku pon da tahap angau gaban. Fynn orang seni, n die sorang lecturer. tp bile dah kawen, dy dah tak jd lecturer la.

aku convert video die jd mp3, so kat ofis aku denga hari2. aku boleh mnitik air mata dengar puisi untuk ayahanda. dan aku juga dah boleh ikut fynn berdengdang lihatlah aku. Boleh jadi terlampau emo kalau menghayati puisi Bunda.Malam ini kita semua menangis sangat syahdu, luahan hati yang aku rasa sesuai untuk insan tabah dan kuat.banyak lagi puisi die.aku plg suka lihatlah aku. ~kau dungu~

semoga Fynn bahagia bersama Tri.

  • Boneca
ini myspace boneca, sila ke sini.
ini skutu kawan kak kerr jugak.kalau cuma tau boneca ade lagu cela je, memang tergolong dalam kalangan kasehan.hikhik. lagu cela memang top. macam biase, wani ardy yg jd penulis lyricsnya. lyrics cela sgt padat, beremosi dan berpuitis.setakat ni, bonecabukanband cuma ada 4 lagu demo. sume lagu tuh aku suka. hahaha. denga hari2 pun aku tak jemu.

lagu tunjukkan aku sesuai untuk didengar tatkala ade insan mengetuk pintu hati yang tanpa kita sedar kewujudannya, tapi secara hakikat kita dipujuk untuk menerima keikhlasan kasih dia.lagu apa lagi pulak, sesuai bila kita terasa mula fed up dengan pasangan yang asyik tak puas hati. macam smuanya tak cukup, smuanya tak kena.Shukor buat tyme dy putus chenta.lagu let me pula, lagu sedih. kalau baru lepas clash, tp still tak boleh lupa ex, layan jelah lagu ni. sumpah lirik die sgt2 menyayat hati.
  • Cik payung
selepas mengenali wani ardy, maka aku pun beramah mesra dengan cik payung.kene pukau dengan terbang sayang.hahahah.. lagu lain temasukla lagu berakhir sudah & takkan pernah. ade jugak buat covering song, aku cinta kau dan dia. tapi aku gila suka dgn lagu takkan pernah edit remix. gile kaw!sape kate tak best mmg die jenis dari kategori pelik.lagu cik payung sesuai untuk orang yang patah hati, tapi berjiwa kental. lagu sedih tapi berentak rancak. kalau layan, takkan mengalir air mata walaupun sedih. bg semangat ade la. nak jerit2 lagi la di allu-alukan. setakat ini, sudah berjaya menghasut si alien utk mendengar lagu cik payung.

lagi satu, name band ini amat menarik. melambangkan ciri2 ketimuran.

  • The Dollyrots
oh ini bkn band malaysia. tapi aku sangat gilakan dollyrots yg amat dasattt.lagu die rancak. lagu pertama dorg yang aku dengar - because im awesome. aku denga kat traxx.fm. tak ramai denga traxx.fm. tapi siyes malam2 lagu dorg best.pukul 1- 6 pagi. bole denga la lagu best tapi tak brape nak femes.music die mmg memukau hati emas aku. ditambah dengan kewujudan lelaki kacakhihihi..lagu lain yang aku suka- brand new key, my bestfriend's hot.

tapi yang tak bestnye, the dollyrots tak begitu popular di malaysia. mungkin kurang publisiti.


secara kesimpulannya-
aku lebih suka band yang ada perempuan.
aku lebih layan kalau vocallist dy perempuan.
aku sgt jeles gila kalau tgk yg perempuan tu pandai maen guitar.

mencabar keimanan! ngehngeh.


Cukup berakhir di sini.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home