Tuesday, September 23, 2008

The Queen Of My Heart



Saya anak bongsu yang pernah menjadi kebanggaan bonda.Tapi makin lama, harapan cuma tinggal abu. Sudah lenyap ntah ke mana.Saya tak lagi dimercu tinggi,Bonda sendiri sudah pasti dgn situasi memeritkan sebegini.
Amarahnya pernah berapi,
pernah menyebabkan anak ini begitu berkecil hati.
Namun kini saya sangat mengerti.
Marahnya tanda wujudnya kasih suci.

Bonda selalu berkata,
anak ini yang paling degil.

Anak ini yang sukar sekali untuk dibawa bicara.

Anak ini suka mengikut kata hati.

Dia tak mahu mendengar kata orang tua.

Dia kata pendapat orang tua, tak ada gunanya.

Zaman orang tua mana sama dengan orang muda.

Saya pernah merobek hati bonda,
meraih titis air mata membasahi muka.
Saya ini kadangkala lantang benar suaranya, menjerit apa yang tak cantik di mata, melolong apa yang kurang di hati.

Bukan mudah mengatur hidup ketika janda.
cuba memberi hidup anaknya selesa
yang kadangkala diri nya sendiri tak sempurna.Melahirkan anak yang tak punya bapa, Membesarkan anak yang tak tahu apa-apa, Menangisi pemergiaan suami kpd Allah yg maha Esa.
Besarnya dugaan yang menimpa kan?

Tapi bonda saya orangnya tabah,
Hatinya cekal tak pernah pudar,
Sabar menutup telinga,Membuta mata melihat cemuhan sekeliling.memang susah hidup dengan status ibu tunggal. Biar dapat berdikari, berdiri di atas kaki sendiri, tapi mulut sekeliling susah nak di bendung. iri hati atau dengki? selalunya tak puas hati.

Bonda saya kini ada kehidupan baru. Dah bertemu suami pengganti. Ya, saya ada abah tiri.Famili saya cukup besar dah.Saya juga sudah menerima takdir. Redha seredha redhanya. Allah itu Maha Pengasih & Maha Adil. Mungkin ini yang terbaik untuk bonda saya.Sekurang-kurangnya, saya dah 7tahun berbapa. Berpeluang juga menyebut kalimah abah.

Buat Hjh Ambariah Hj Ramli,
Selamat ulang tahun yang ke-52.
Adik sayang Mak, sungguh.

semoga panjang umur.


nota kaki : raya kali ini, kali pertama saya akan memberi duit raya kpd bonda saya. duit hasil titik peluh saya sendiri.
Alhamdullillah.
Biar kecil, tapi bagi bonda mst cukup bermakna.

5 Comments:

Blogger nooroy, said...

atey
mata mak ko sama dengan ko.

lepasni pasang puisi untuk ibunda dari fynn jamal.

bagi ko nangis sikit. haha.

September 23, 2008 at 9:21 PM  
Blogger .*. said...

hahahhaha..
babi punye alien!!

mate jugak yg ko nmpak kan..
tapi kening mak aku dua dua belah ada tau.
hihihi

ha,
puisi tu pun best,
mmg berderai air mata.
emo emo emo

ZAAASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

September 24, 2008 at 12:18 AM  
Blogger nooroy, said...

hahahahha.
dah tu je persamaan ketara ak nampak.
takkan ak nak ckp kaki ko dan mak ko sama.
sedangkan ak tak nampak bahagian kaki.
hahahahhaah.
sengal la ko.


hehehe.
tu ah.
dah agak dah.
ko mesti tacing dpn lappy
mase dgr puisi tuh.
wahahhaha.


ZASSSSSSSSSSSSSSS.
(ICON BERGERAK)

September 24, 2008 at 6:18 PM  
Blogger .*. said...

hahahha,
kalau aku letak gamba full pon,
mst kau cakap mate jugak yg sama
hihihihi

aku pun nak hati kaca jugak,
kalau tersentuh boleh pecah.
bila kaca pedih,
sakitnya aku rasa.
lalu aku ternangis.
tersedu aku.

haihh,
nak zassssssssssssssss jugak.

September 24, 2008 at 8:03 PM  
Blogger -hakimah.iskandar* said...

ateyyy
nak duit rayaaa jugak
;)

September 26, 2008 at 6:37 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home