Friday, July 24, 2009

Bye Short Sem!


sem da habis. sam pun dah takde. kesian awek dia kerinduan kat sini.

exam pun da habis. memang da merdeka. tapi tak gembira mana pun.


sebab satu ; tak puas hati dgn carrymark HRM.
agak agak la nak kira 5% yang pegi ceramah org luar yang entah tak tau tajuk apa tuh. dahla kena bayar rm8. kira nak dapat 5% berharga lapan ringgit malaysia la. cuba rasa kalau aku ni tak mampu dah miskin papa kedana tak ada duit satu sen apatah lagi lapan ringgit malaysia tu?paling penting dia kata ceramah tu tak wajib,optional sahaja. nak pegi, pegi lah. tak pegi tak apa.
so, apa cerita tiba tiba jadi part of carrymark?

sebab dua ; tak puas hati dgn carrymark HRM jugak.
hilang 5% lagi secara percuma dan bergaya sebab tak submit satu esaimen pasal pitfall performance appraisal (taknak pitfall yang ada dalam buku ya tuan tuan). macam biasa dia kata, ini esaimen optional. kira macam bax up exam karang. boleh dia tolong mana patut.
so macam celaka, bila tiba tiba jadi individual esaimen yang membawa markah sebanyak 5%.dan aku dapat 0%.

sebab tiga ; masih tak puas hati dgn carrymark HRM.
individual esaimen dapat 0%/10%.sebab tak pegi ceramah n buat esaimen pitfal. vavi vavi vavi.
paling menggembirakan individual esaimen yang betul betul dan disahkan wajib dihantar, dia lupa.masih tak check. dia kata nanti dia check. nanti dia masukkan. ok, terima kasih kerana membuat kenyataan yang mengelirukan. esaimen optional masuk carrymark tetapi esaimen wajib gagal dikenalpasti tang mana dah campah kot.walaupun begitu, group esaimen dapat 14/15.paling tinggi dan sudah tentu paling baik tak seperti mereka yang pergi ke ceramah lapan ringgit.bangga miko. eh aku pun.

sebab empat ; sudah pasti masih lagi ketidakpuashatian carrymark HRM
dia mengatakan esaimen optional dan ceramah lapan ringgit dimasukkan dalam carry mark untuk tujuan membantu.eh eh eh. gembiranya rakan rakanku dibantu sebegitu. ok memang sangat mulia amalan membantu tapi masalahnya dia bukan sahaja membantu, tapi turut juga membantut orang lain seperti saya yang tidak membuat esaimen optional dan tidah hadir ke ceramah lapan ringgit.

sebab lima ; tidak beranjak lagi dari topic seperti di atas.
test yang susah gila payah nak mati sampai buat aku demam selepas menjawab hanya diambil 10%. disebabkan asyik tidor tanpa bangun bangun di dalam kelas, dapatlah 60%.highest 70.miko 66. lepastu ada orang dapat 64.rasa macam aku orang ke 5 kot yang konon konon tinggi.ceh macam bangga tahapahapa.itupun sebaik esei dapat 32/40.nak harapkan soalan MCQ yang mencabar kefahaman tu jangan haraplah.seorang insan yang dirahsiakan identiti dengan bangganya cakap tak berlapis pedas pedas tatkala aku tengah bengang disebabkan hal carrymark.sebab dia dapat 35% dan digenapkan menjadi 4/10.maknanya cuma beza 2 markah sahaja. sedangkan kalau ikut test, nak dapat 2 markah punyala merangkak.esei dia cuma belas belas per empat puluh. punyala dia riak dan berbesar hati sebab beza cuma 2 markah dengan aku.dan tanpa simpati,terus menghujani aku dengan kata kata pedasan yang berbisa dan buat aku terus taknak kawan dengan dia sehari.

sebab enam ; masih berkisar mengenai hal itu.
akibat terkejut dan menerima feedback yang tidak terduga, maka ternangis nangis la aku sampai demam panas melanda.mengadu pada mentor.(sebenarnya malu sebab nangis nangis dekat dia pasal carrymark walaupun on da fon je pun).jadi dia mensarankan supaya berjumpa dengan lecturer itu. bukan untuk bersetru tetapi cuma bertanya dalam ingatan hanya ayat ayat manis sahaja dibenarkan.namun yang lebih mengejutkan ialah, mereka mereka yang lain tidak mahu berjumpa dia dan berserah sahaja. dengan alasan dia dah cukup membantu dalam carrymark tersebut. eh cantik sikit muka kau. memang patut la kau suka sebab test kau sikit tapi cuma beza dua markah dengan aku carrymark kan kan kan? suka sangat sampai tak kesah esaimen dapat 0. hulamak.

sebab tujuh ; putus asa,makan hati, kecil hati.
tak tau nak elaborate apa untuk point ni. erkk. tp masih dalam topik perbincangan carrymark la.

sebab lapan ; susah ouh paper HRM!
aku rasa aku dah usaha sedaya yang boleh. memang stadi kaw kaw padahal tak khatam satu buku pun. memang gila berserah tawakal dah. punyala pulun buat dan rasa soalan paling banyak kena buat mesti soalan HR.MCQ ada 30. esei pendek ada 5 soalan wajib jawab semua.esei panjang dua solalan boleh pilih dari tiga. penat menjawab sampai tenat otak.macam rasa medula oblongata dah terkeluar keluar dah.eh kejap yang tu apa function dia aku dah lupa dah.dah la petang pulak paper work motivation. benci betul exam pagi petang. macam dah semput semput nyawa.

sebab sembilan ; Atira Ruslan marah marah dekat boyfren dia hari Selasa sampai Rabu.
ha jangan tak sangka dia dah pandai marah marah sekarang. silat je tak pandai lagi. punya la berapi marah marah sampai Lmy tak terpujuk. sebenarnya kalau merajuk,tak suka jumpa dia. sebab nanti dia pujuk.lepastu terus cair dan dah tak merajuk lagi. lepastu sebenarnya cuma reti marah marah dalam sms sahaja.kesian. Lmy tu kalau dalam sms bukan reti nak pujuk. kalau jumpa depan mata pandai pulak nak pujuk pujuk.aku marah sebab Lmy telah melanggar perjanjiannya. eh eh ni rahsia rumah tangga tak boleh cerita.haha

sebab sepuluh; miko dah balik pagi tadi. Lmy pun sama.zara n suha petang japgi.
ini bermakna aku akan tidor keseorangan lagi di sini. macam tinggal kat rumah kosong sebab barang aku sahaja yang masih ada dan tidak berkemas lagi. barang dalam locker masih tak terusik. kasut kat luar bersepah sepah.baju dalam baldi tak basuh lagi senang cerita basuh kat rumah jelah.malam ni rasanya aktiviti yang mampu di buat mungkin merenung bulan dan mengira bintang. cewah gila bosan.

tapi salah satu tips on personal growth ialah positive mindset. maka sila jauhi budaya pessimism sekarang.

sekian,laporan dari Unihell.

3 Comments:

Blogger emiko said...

miko bangga sebab esemen2 hasil kerjasama miko dgn atira selalunye best :D

waa, u baca tak blog psiko kite tu?
i baru update pasal personal growth malam semalam LOL.

uhh, jangan lupa kemas barang yang.

July 24, 2009 at 11:12 PM  
Blogger .*. said...

cewah.memuji diri sendiri.tapi lagi bagus dari mengampu lecture nak markah lebih
hahaha

ha dah bace tadi
hahahha.bagus ade entry utk sem ni.at least satu. bagus contributor ni.hehe

dah siap kemas dah la.siap mop uma lagi.

:P

July 25, 2009 at 1:17 AM  
Blogger emiko said...

tau takpe.
sape lagi nak puji kite kalau bukan diri kite sendiri kekeke.

ha tu la pasal. sem ni tadak entri langsung haha. kalau nak suh letak HRM mmg idak la kan.
Tech Eng 2 punye mende plak common knowledge punye stuff kot.

alalala..rajinnye mop kan ;-)

ni u balik perak ke WM (wangsa maju ye, bukan work motivation lalala)?

July 25, 2009 at 8:31 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home