Wednesday, January 7, 2009

Missing Chapters.


Saya kadangkala dah naik jelak dengan sikap manusia yang kadang kadang boleh buat saya rasa macam nak membebel seminggu sehari semalam tanpa henti henti. Sebab kadang kadang ada sikap segelintir manusia yang saya tak boleh nak sejukkan hati saya yang dah panas panas ni.

Straight to the point: Saya sebenarnya sangat sangat tak puas hati dengan mulut mereka yang menampar telinga saya semalam.sakit dan amat pedih.

Tolong beritahu saya apa buruknya memakai baju kurung menghadiri kuliah?

bagi saya tak ada salahnya .saya rasa mereka yang mengata ngata sangat menjengkelkan mata saya. bagi saya mereka lah yang sangat kolot, berfikiran sempit dan tidak berfikiran matang serta tidak mempunyai jati diri.

saya juga bukanlah seorang pemakai baju kurung yang tegar. saya mengaku saya cuma memakainya ketika ke kuliah dan bagi saya ia tak pernah jadi masalah. tak pernah rasa terbeban langsung. dan saya tidak pernah memandang serong melihat wanita wanita sopan memakai baju kurung ke mana mana meskipun sedang bershopping di pasaraya besar dan terkemuka di sekitar Malaysia.

saya juga bukanlah seorang yang terlalu sopan tapi saya masih betul betul tidak faham dengan sikap mereka yang dahagakan pemulihbaikkan kepalahotak yang dah tak betul dan menyesatkan. macam budak yang tak pernah sekolah dan tak pernah belajar budaya malaysia.

saya tahu anda orang bandar dan anda hidup dengan gaya moden. tapi anda sebenarnya sangat menyedihkan. karena anda seperti langsung tidak diberikan kebijaksanaan untuk berfikir walaupun sedang berada di insitutsi pendidikan taraf universiti.

tolonglah, kamu semua ada otak lah!

kenapa masih nak menjuih mulut sampai senget sebelah bila ternampak si berbaju kurung?kenapa suka bazirkan masa dengan mengutuk si pemakai bj tradisonal malaysia?kenapa reaksi kami berbaju kurung sama hinanya seperti memakai baju terdedah?

kami nampak buruk sangat?nampak hodoh sangat? atau kami nampak macam makhluk asing yang tak ada maruah ?

kenapa kamu sekalian bersusah payah nak gunakan keberanian kamu semua menyindir kami yang bermuka innocent ni?tahu tak segala rasa hormat saya kepada kamu sekalian sebagai senior saya terus pudar.

dan saya masih boleh bersabar dan langsung tidak memberi apa apa reaksi selepas adegan memualkan itu. sebab saya rasa saya masih perlu simpankan kehormatan pada anda memandangkan saya pelajar baru dan kamu semua bagaikan pemilik kampus ni.

eeuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

kamu perlu bersyukur sebab saya masih mampu mengunci mulut saya dari mengeluarkan bahan bahan api ketika itu.saya cuma mahu katakan, kalau anda tak gemar memakai baju kurung, itu bukan masalah saya dan masalah kamu. jadi sementelah saya tidak kesahkan etika pakaian kamu, maka tolonglah tidak kisah dgn etika pakaian saya.

silalah liberal kakak kakak sekalian.please lah. tolong grow up!

dan saya sudah membazir masa membuat dosa mengutuk ngutuk kamu pula di sini. dan juga saya seperti sudah menjadi mak nenek yang membebel siap guna kata nama: saya instead of aku.saje nak bagi kelihatan sangat sedang serius dan tak main main.

agaknya lah.

sekarang hampir pukul 4 pagi dan mata saya masih belum rabak. internet connection di unisel sangatlah tidak menyenangkan. kalau guna internet explorer mmg lagi sebaklah kan.mozilla firefox pun dah meragam.sebaik Google chrome tak mengecewakan.

benci insomnia!

10 Comments:

Blogger njam said...

sound jer bdk2 tu!!!jgn sampai abg yg nsem ni g sound!!!hahahhaha...adek, mnta wani ardy invite njam..adus, takleh view blog dia laaa...

January 7, 2009 at 1:55 PM  
Blogger .*. said...

excuse me,
"abg yg nsem"??
hellooooooo..

hahahhahha

okay2,
nanti adik kasitau dia
if only die willing to do so la kan
huhu

January 7, 2009 at 6:41 PM  
Blogger WNRD said...

http://monologpantai.blogspot.com/

Penyertaan terbuka kepada apa saja karya yang berkaitan dengan pantai - puisi, cerpen, lirik, lagu, foto, lukisan, ulasan, malah catatan percutian anda (berserta butir-butir bajet, jika boleh) untuk dikongsi bersama.

monologpantai@gmail.com

January 8, 2009 at 6:24 PM  
Blogger d4uh said...

haha...1st time dgr cite pakai baju kurung kena pandang serong...klu aku lempang je bdk2 yg kuang ajar tuh...jimat bahan api ko sket...haha

January 9, 2009 at 12:59 AM  
Blogger Lavender Pelangi said...

ntahnye..sound je minah2 tuh..bajet 'urban' sgt la tuh..
blah la weyh..kutuk diorang habis-habisan..!!
grrrrr!!!!marah neh..hoho..

January 9, 2009 at 10:31 AM  
Blogger .*. said...

Wani Ardy Dearest,
i'll spread the news to the others as im not so good in poetry or whatsoever.
:)

To d4uh,
well myb sbb ko tak penah pakai baju kurung g kuliah so tak ade org pandang serong
:)

well,people nowadays macam macam.
n malas lah nak lempang lempang orang yang tak ade otak ni,
kang tak pasal pasal btambah mereng
hahahha

Dear Mizah,
relaxxxxxxxxxxx
hahha
aku dah cool down ni

January 9, 2009 at 7:21 PM  
Blogger Aimi Yasmin said...

ish3.
tah pape la akak tu.
bju kurung kan baju kebanggaan kite sepatutnye.
n sepatutnya jd bj rasmi la gi kuliah.
mcm uitm buat, tiap isnin n jumaat wajib pakai bju kurung.
hari2 nk pakai bju kurung pon lg la bgus.
nmpk la sopan sikit dari dok tunjuk pusat sume.
haish.
unisel tak de cmtu ke??

January 10, 2009 at 12:26 AM  
Blogger .*. said...

ahhaa
unisel takde la syg
:)

suke hati nak pakai ape
:P

January 10, 2009 at 3:40 AM  
Blogger emiko said...

hoho akhirnye daku dah baca entri ni..
giler budus tahap cipannye manusia..
ku doakan dorang dapat kerja government nanti..takpun dengan mara ke..biar rasa sket mwahahaha
aku doa kebaikan ni biasanye makbul kan kan kan

January 11, 2009 at 10:35 PM  
Blogger .*. said...

hahahhaa
bia dorg kena pakai baju kurung setiap masa
heh!

January 12, 2009 at 12:08 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home