Monday, December 15, 2008

Uniheaven,Here i Come!


Mungkin silap aku sebab macam tak peka dengan arahan. Aku boleh pulak dungu pegi geram geram kat webpage ptptn sbb aku tak boleh register padahal last apply ptptn arini. Lepastu aku call hotline ptptn asyik tak dapat.then aku baru la terperasan yang dia dah pesan kena guna internet explorer sahaja.

aku guna mozila kot.

damn.

jadi aku glabah bila tengok kena isi banyak betul.lebih membuat aku mahu melatah tak sudah sudah, aku tak ada akaun bank islam lagi.maka aku pegi toilet buang make up(make up la sgt) dan selepas itu pegi ke clinic dengan langkah yang sayu.lihatlah, aku mampu jadi pelakon tambahan Yusof Haslam.

sampai sana, (Dr punyalah kacak nak mati buat aku macam rasa nak tiba tiba jatuh tapi Dr tu sempat sambut dengan slow emotion lepastu mata sama sama bertentangan. ah macam scene dalam drama cinta.) aku pun dengan muka yg pucat lesi dan gerak geri yang perlahan menyatakan yang aku mungkin salah makan . dan untuk menambahkan cerita lebih menarik, aku nyatakan aku ada muntah muntah,loya loya. masuk toilet berpuluh kali sejak malam tadi.

Dr kacak bagi beberapa nasihat dan ayat yang aku nak dengar sangat2 berkemundang;

"I kasi u mc lah. with ur condition ryte now,i tak rase u mampu kerje 4 today."

dear Dr Roshan,
I love U so much.
:P

Kakak aku datang ke ofis menjemput lalu mengantar ke bank islam tmn melawati.di sana aku cuma isi form kad atm sebab aku dah buat express online opening account.masa isi isi borang aku tertegur budak sebelah sebab nampak dia isi form payment unisel.nama dia Anne.

Good, aku dah jumpa sorang budak unisel batch sama!

then lepas Anne balik, ada sorang lagi duduk dekat dekat krusi aku.aku pun tertegur lagi.

*kenapa aku jadi terlalu peramah sgt arini aku tak tau.

oops, dia senior kot. nama dia Siti.

Great, aku dah jumpa sorang senior unisel.

dia cakap,
"welcome to Unihell"

okay. aku boleh gelak sekarang. kot kot tak sempat nak gelak bila smpai sna.

sekarang aku sedang melahap kfc yang membuktikan program diet aku tak berjalan langsung.hangat hangat taik ayam ajelah.

dan segala lakonan sandiwara aku mahu ambil mc semata mata nak proceed ptptn tak bermakna.sbb aku cuma boleh apply ptptn after masuk unihell eh unisel . sebab kos aku ni Mqa tak cukup setahun lah apa lah.

damn tak damn lah kan.

aku dah glabah sana sini tadi rupanya membuang masa je.call unihell eh unisel, call ptptpu eh ptptn lah.

gggrrrr.

Hello Unihell.
Goodbye Mmu.
See you later Uitm.

ah takutnya nak jadi budak hostel!

7 Comments:

Blogger Unknown said...

oh.. uniselian.. haha..
nnt sbjek koko jgn lupa amek teater.. eheh..

December 16, 2008 at 12:10 AM  
Blogger .*. said...

oh ade meh teater?
nak nak.
jadi pokok pon tak apa
hahaha

December 16, 2008 at 12:48 AM  
Blogger kitatiga said...

ateyy...

gud luck nanti kat unisel dear :)
have fun tauu!


cikyn~

December 16, 2008 at 9:16 AM  
Blogger .*. said...

thanks cikyn!
take care awak ehhh

December 16, 2008 at 9:36 AM  
Blogger zuzenn said...

wehh,,
sygnya xdpt skali ngn nooroy.
huu,,
bkn zati kat unisel kew??
ke ade byk unisel,,errrmm

December 16, 2008 at 2:37 PM  
Blogger .*. said...

unisel ade 2 je kot
bb ngan s.alam
erm same lah ngn zaty
n alaa najaa too

:)

December 16, 2008 at 3:58 PM  
Blogger Pisey said...

uuhh.ko pura2 lakon jela g doc amek mc itu?waa.hebat^^

December 19, 2008 at 4:14 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home