Jiwa Kacau i

Bukan sengaja mcipta sengketa,
Tapi engkau yang petah menghina.
Cuba fahami apa kau celakan,
Jalan buntu yang muncul di benak.
Hati membara,telinga kutadah,
Namun amarah tak jua kuludah.
Diherdik dicerca dipandang sebelah mata
Ah,macamlah dunia ni kau yang punya!
Diam ku kerna mahu kau lenyap,
Aku menunduk bukan kerna bersalah
Tunduk ku kerna letih menjadi tabah.
Dengan sikap kau yang tiada calitan simpati.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home